Op Limau: Polis Sabah tahan 35 individu

ditahan-polis.jpg

Gambar hiasan

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Polis Sabah telah menahan 35 orang dalam operasi anti-perjudian di seluruh negeri sepanjang tempoh Tahun Baharu Cina.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Senior Asisten Komisioner Azmi Abd Rahim berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada 23 lelaki dan 12 wanita berusia antara 20 dan 75 tahun.

Beliau berkata, sebanyak 10 serbuan dilakukan di ibu negeri, Kota Marudu, Kota Belud dan Semporna di bawah operasi yang digelar “Op Limau” dari 5 hingga 15 Feb.

“Pasukan serbuan juga merampas wang tunai RM54,911,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

“Selain itu, pasukan serbuan turut merampas pelbagai peralatan judi, antaranya chip pelbagai nilai, daun terup, buah dadu, batu mahjong, buah domino dan kain putih tertera simbol-simbol gambar,” katanya.

SAC Azmi berkata, operasi itu bertujuan mengekang kegiatan perjudian, sama ada yang diadakan oleh individu atau sindiket yang mengambil kesempatan pada musim perayaan untuk mengaut keuntungan cepat.

Beliau berkata mereka yang ditahan disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1957.

Beliau menambah seramai 179 pegawai dan anggota JSJ negeri terlibat dalam operasi itu.

 

Berita asal: The Star

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top