`Op Koloni Setinggan’ menyeluruh

datuk-jauteh.jpg

Datuk Jauteh (gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Operasi besar-besaran `Op Koloni Setinggan’ sudah bermula di empat daerah dan akan diperluaskan ke seluruh negeri secara berperingkat.

Sasaran fasa pertama operasi itu adalah koloni setinggan kecil-kecilan, kemudian diperlus ke koloni bersaiz sederhana dan fasa akhir membabitkan koloni berskala besar.

Sejumlah 1,388 notis perobohan sudah ditampal di koloni setinggan empat daerah — Kota Kinabalu, Labuan, Kudat dan Semporna.

Gerakan menampal notis yang kemudian disusuli operasi perobohan dijalankan secara bersepadu membabitkan pelbagai jabatan kerajaan negeri dan Persekutuan serta agensi-agensi penguatkuasa.

Mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP), kerajaan terlebih dahulu mengenal pasti rumah-rumah dalam koloni setinggan itu sebelum mengeluarkan notis perobohan dengan memberikan masa secukupnya kepada penghuni mengosongkan tempat itu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, dalam satu pertemuan eksklusif menjelaskan `Op Koloni Setinggan’ itu bakal menyelesaikan secara tuntas isu setinggan dan kebanjiran pendatang tanpa izin di Sabah dalam jangka panjang.

Katanya, ini kerana menerusi operasi itu, sekurang-kurangnya lima masalah yang membelenggu di negeri ini akan turut dapat ditangani.

“Operasi ini dapat mengatasi pencerobohan tanah kerajaan, menangani isu jenayah, kes-kes kecurian elektrik dan air serta kebersihan persekitaran,” katanya.

Baca seterusnya di: Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top