ONCE UPON A TIME: Ahli UMNO Perlu Terus Berusaha Memenangi Hati Rakyat – Shafie

18keningau.transformed.jpg

KENINGAU, 17 Ogos -- Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bersalaman dengan para perwakilan Umno Bahagian Pensiangan dan Keningau ketika tiba merasmikan pembukaan mesyuarat UMNO Keningau dan Pensiangan di Dewan Masyarakat Keningau di sini hari ini. --fotoBERNAMA(2014) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kongsi Bersama

(Nota: Berita asal, tajuk asal, teks asal, tanpa pindaan walau sedikit pun)

KENINGAU: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengingatkan ahli parti supaya terus berusaha memenangi hati rakyat dan tidak mengambil mudah pergolakan yang melanda parti pembangkang.

Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata perkembangan politik yang berlaku pada masa ini perlu dijadikan sebagai pendorong semangat kepada anggota parti untuk terus mengukuhkan UMNO.

“Kita perlu memastikan matlamat parti dapat dijayakan. Jangan parti lawan lemah, kita tidur lena dan tidak bekerja.

“UMNO tidak bergantung atas kelemahan parti lawan sebaliknya anggota parti perlu terus berusaha untuk berkhidmat dan memenangi hati rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Keningau dan Pensiangan di Dewan Masyarakat Keningau di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Pensiangan, Datuk Abdul Ghani Yasin dan Ketua UMNO Bahagian Keningau, Datuk Sairin Karno.

Mohd Shafie berkata, kejayaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang diukur melalui usaha menyelesaikan dan mengurangkan bebanan rakyat di peringkat akar umbi.

“Pemimpin parti harus mendekati rakyat dan sentiasa bersemangat untuk berkhidmat kepada rakyat bagi meningkatkan kekuatan parti itu,” katanya.

Sementara itu, beliau turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menggunakan media sosial untuk menghasut rakyat ketika negara dalam suasana sambutan Hari Kemerdekaan ke-57.

Beliau berkata, langkah drastik harus dilakukan bagi mengelakkan pemikiran rakyat terutama generasi muda terus diracuni dengan pelbagai perkara yang tidak benar.

Di majlis itu, beliau turut mengumumkan pembinaan 90 rumah bagi Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Pensiangan, Keningau dan Tenom selain pembinaan sebuah Pusat Giat MARA di Pensiangan.

Mohd Shafie turut memberi jaminan pembentangan Belanjawan 2015 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengambil kira kepentingan dan kebajikan rakyat Sabah dan Sarawak.

– BERNAMA/17 Ogos 2014

Sumber: bharian.com.my

Foto: Bernama

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top