OBK Sabah Capai Kejayaan Dengan Nilai Rampasan Sekitar RM10.6 Juta – Hazani

hazani.jpg

Hazani

Kongsi Bersama

KUNDASANG: Operasi Bersepadu Khazanah Sabah (OBK) yang dilancarkan selama sebulan bermula 16 Jun lepas mencapai kejayaan dengan nilai rampasan berjumlah sekitar RM10.6 juta.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Hazani Ghazali berkata seramai 216 orang terlibat dalam OBK yang terdiri daripada anggota Polis Di Raja Malaysia, Jabatan Perhutanan Sabah, Jabatan Perikanan, Jabatan Hidupan Liat, Taman-Taman Sabah dan World Wide Fun For Nature.

Beliau berkata operasi itu ditumpukan kepada 13 sasaran yang meliputi keseluruhan daratan dan perairan Sabah.

Hazani berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan Op Bersepadu Khazanah Sabah di Dewan Kinabalu Park, di sini pada Isnin.

Katanya OBK itu antara lain bertujuan mengekang jenayah penyeludupan dan kecurian hasil khazanah negara khususnya hidupan liar, hasil hutan, hasil mineral dan hidupan laut.

Hazani berkata pihaknya memandang serius aktitiviti penyeludupan khazanah kerana ia boleh mengancam ekonomi negara.

“Saya berharap kerjasama semua pihak bagi mencegah perbuatan jenayah alam flora dan fauna.

“Selain itu, dengan pelaksanaan operasi ini, masyarakat sekeliling semakin peka dan adanya kesedaran tentang pentingnya memelihara khazanah negara,” katanya. – Jesselton Times

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top