Objek disyaki bom di Pulau Sibuan: Shafie gesa segerakan pelupusan, percepat siasatan

SHAFIE_APDAL269_1538005309.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pihak berkuasa digesa untuk segera melupuskan bom yang disyaki tinggalan Perang Dunia Kedua yang ditemui di Pulau Sibuan dan membuka semula pulau itu untuk pelancongan dengan segera, kata Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Pada masa yang sama beliau juga meminta pihak berkaitan mempercepatkan proses penyiasatan.

“Saya menggesa pihak berkuasa untuk bertindak segera menyelesaikan isu ini dan memastikan pulau itu selamat semula, kerana Pulau Sibuan merupakan destinasi popular untuk pelancong dan penyelam,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mohd Shafie yang juga ADUN Senallang berkata, adalah penting untuk membuka semula pulau itu kerana penutupan yang berlarutan akan memberi kesan kepada pelancongan dan ekonomi tempatan.

“Kita tidak mampu kehilangan pelawat akibat penutupan yang berpanjangan kerana negara sedang bersiap sedia untuk Tahun Melawat Malaysia 2026,” kata beliau.

Bekas ketua menteri itu menegaskan industri pelancongan menyelam adalah sebahagian penting daripada ekonomi Semporna.

“Saya menyeru pihak berkuasa berkaitan untuk mempercepatkan proses penyiasatan dan pelupusan bom yang disyaki tersebut.

“Saya juga meminta Taman-Taman Sabah dan agensi lain yang terlibat untuk menyediakan garis masa yang jelas dan telus kepada orang ramai mengenai bila pulau itu akan dianggap selamat untuk dibuka semula. Ini akan membantu meyakinkan pelancong dan khalayak perniagaan bahawa kita sedang melakukan segala usaha untuk menyelesaikan isu ini,” katanya.

Beliau berkata, Semporna terkenal di seluruh dunia dengan keindahan pulaunya serta kekayaan hidupan marin.

Sehubungan itu katanya, pihak berkaitan mesti melakukan segala yang termampu untuk melindungi reputasi itu dan menyokong ekonomi tempatan.

Sebelum ini, pihak Taman-Taman Sabah mengeluarkan notis di Facebook yang memaklumkan penutupan sementara Substesen Pulau Sibuan, Taman Marin Tun Sakaran Semporna daripada kunjungan orang ramai sebagai langkah keselamatan.

Penutupan sementara itu berkuat kuasa bermula jam 12.30 tengah hari semalam (7 Januari 2025) hingga keadaan selamat sepenuhnya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top