Norhizam Diminta Segera Pulangkan Kereta Rasmi, Aset Kerajaan

norhizam-melaka.jpg
Kongsi Bersama

MELAKA: Bekas Exco Melaka, Datuk Norhizam Hassan Baktee diminta memulangkan segera kereta rasmi dan aset yang diamanahkan kepadanya sepanjang memegang jawatan itu.

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Kamel Mohamed berkata, tindakan itu bertujuan menyelesaikan isu berkenaan agar tidak berlarutan sehingga mengganggu tugas penjawat awam.

Setakat ini, katanya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron telah memulangkan kereta rasmi dan aset kerajaan negeri pada 7 Okt lalu, selepas meletak jawatan sebagai Exco.

“ADUN Telok Mas, Noor Effandi Ahmad, yang juga bekas Exco pula memaklumkan akan memulangkan kereta dan aset terlibat pada Isnin ini. Terima kasih diucapkan kepada kedua-dua ADUN terlibat.

“Tindakan tersebut membantu penjawat awam di negeri ini memfokuskan usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat dan merancakkan semula ekonomi negeri yang terkesan ekoran penularan Covid-19,” kataya dalam kenyataan malam ini.

Beliau turut menyeru penjawat awam di negeri itu menumpukan pelaksanaan projek yang diluluskan agar dapat menjadikan Melaka progresif, maju dan berdaya saing.

Isnin lepas, ketiga-tiga Exco itu bersama ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan mengumumkan menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Suruhanjaya Pilihan Raya menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran DUN Melaka penggal ke-14 pada 4 Okt lepas daripada Speaker, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, selepas kerajaan negeri pimpinan Umno hilang majoriti dalam DUN.

Berdasarkan Fasal (4) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Melaka, pilihan raya hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran DUN itu.  – FMT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top