Noor Hisham Kesal, Selepas Setahun Berperang Belum Ada Tanda Covid-19 Berakhir

NOORHISHAM.jpg
Kongsi Bersama

Genap setahun Malaysia berdepan pandemik Covid-19, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menzahirkan kekecewaannya bahawa belum ada petanda bila perang mengatasi wabak itu akan berakhir.

“Kita telah setahun melawan Covid-19, dan hakikat ini cukup menyedihkan saya. Masih tiada petanda bahawa peperangan ini akan berakhir,” katanya dalam hantaran tweet.

Noor Hisham berkata walaupun letih baik dari segi fizikal dan mental, seluruh masyarakat perlu untuk “terus berperang.”

Beliau menggesa semua pihak bersama “memikul tanggungjawab ini untuk menyelamatkan negara”.

Beliau mengingatkan semua orang untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan seboleh-bolehnya duduk di rumah untuk memutuskan rangkaian jangkitan.

“Kita perlu bersatu dan bersama-sama perjuangan ini akan diteruskan, insya Allah.”

Jangkitan Covid-19 mengorbankan 678 orang sehingga semalam dengan lebih 183,000 kes positif di catat di seluruh negara.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top