Nizam terima kunjungan hormat Penerangan Gagasan Rakyat Kepayan

gagasan-rakyat-kepayan.jpg

Nizam bersama Penerangan Gagasan Rakyat Kepayan yang mengadakan kunjungan hormat kelmarin.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU :Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Nizam Abu Bakar Titingan menerima kunjungan hormat daripada Penerangan Gagasan Rakyat bahagian Kepayan di pejabat Gagasan Rakyat, di sini, kelmarin.

Rombongan tersebut diketuai oleh ketua penerangan Gagasan Rakyat bahagian berkenaan, Dr Abd Rashid Hassan.

Nizam yang juga merupakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri berkata, penerangan merupakan satu jentera penting bagi setiap organisasi termasuk parti-parti politik.

“Tugas kita (penerangan) adalah untuk menghebahkan dan memviralkan berita.”

“Namanya juga penerangan, di mana ada kegelapan di situ kita di situ kita mesti menerangkan,” ujarnya dalam sesi dialog bersama jawatankuasa biro penerangan bahagian tersebut.

Beliau berharap penerangan Gagasan Rakyat Kepayan akan terus aktif menyebarkan kebaikan-kebaikan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri melalui media sosial.

“Jangan biarkan media sosial dikuasai oleh pihak pembangkang,” pesan beliau.

Ini adalah kunjungan hormat pertama Penerangan Gagasan Rakyat Kepayan kepada Nizam semenjak Parti Gagasan Rakyat dilancarkan oleh presidennya, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor pada Mac lepas.

Turut hadir pada pertemuan itu ialah Setiausaha Agung Gagasan Rakyat Datuk Mohamed Razali Mohamed Razi dan Timbalannya Datuk Stephen Jacob Jimbangan yang juga merupakan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Kepayan serta sayap-sayap penerangan Gagasan Rakyat bahagian.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top