TAWAU: Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan bersama pelajar Maahad Tahfiz Darul Muqamah Kampung Ranggu Tawau dalam program Shopping Raya, di sini semalam.
Menurutnya, program ini adalah inisiatifnya setiap tahun dalam memberi kecerian kepada pelajar Maahad Tafiz khususnya di bulan Ramadan.
“Hari ini saya berkesempatan bersama pelajar Maahad Tahfiz Darul Muqamah Kampung Ranggu di Tawau di sekitar BTC Tawau bagi meraikan pelajar tahfiz dalam Program Shopping Raya.
“Peluang ini dilihat mampu memberi kegembiraan kepada pelajar-pelajar ini sekali gus memberi mereka peluang merasainya sendiri suasana menjelang Hari Raya Aidilfitri,” katanya di sini pada Jumaat.
Nizam yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berkata, semoga sedikit bantuan ini dapat memberi keceriaan serta kegembiraan kepada pelajar tahfiz menjelang perayaan Aidilfitri tidak lama lagi. – SNT