TAWAU: ADUN Apas, Datuk Nizam Abu Bakar menyarankan supaya Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) diadakan semula tahun ini selepas dua tahun terhenti berikutan pandemik Covid-19.
Katanya, FKAT akan membolehkan pelbagai etnik dengan kepelbagaian budayanya mengambil bahagian dan ia merupakan platform terbaik untuk mengenengahkan daerah ini.
“Sektor pelancongan juga pastinya dapat dihidupkan semula dengan adanya festival tersebut,” katanya.
Sehubungan itu beliau berharap pihak berkuasa tempatan dapat mengambil kira langkah terbaik untuk dapat menganjurkan semula FKAT.
Nizam, yang juga pembantu menteri kewangan Sabah.berkata demikian dalam sidang media di Majlis Perasmian dan Penutupan Program PERSOLUT Roadshow Volume 2.Karnival Kesenian dan Kebudayaan 2022, yang disempurnakan oleh beliau di Padang Perbandaran Tawau, di sini.
Untuk rekod kali terakhir FKAT diadakan ialah pada tahun 2019. FKAT kesembilan yang dijadualkan pada 18-21 Mac 2020 ditangguhkan susulan Covid-19.
Sumber: FB Nizam Abu Bakar Titingan