Nizam Sampaikan Sumbangan Komputer Riba

laptop-APAS.jpg
Kongsi Bersama

Beberapa pelajar di DUN Apas tentunya berterima kasih dan meningkatkan iltizam untuk menjadi lebih cemerlang dalam bidang pengajian masing-masing selepas menerima sumbangan berupa komputer riba daripada Adun Apas yang juga pembantu menteri kewangan sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Pelajar-pelajar bertuah itu adalah mereka yang memohon bantuan komputer riba melalui Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) DUN Apas. Ia bertujuan memudahkan pembelajaran mereka, lebih lebih ketika negara dilanda pandemik Covid-19, yang menyebabkan kelas-kelas diadakan secara atas talian.

Majlis penyerahan komputer riba itu berlangsung di pejabat UPPM Apas Tingkat 2 Sabindo Square pada Isnin. Nizam sendiri menyampaikan sumbangan itu.

Pada majlis itu Nizam berkata beliau berharap sumbangan tersebut dapat memberi manfaat kepada mereka yang berjaya meneruskan pelajaran ke menara gading.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top