Nizam Hulur Sumbangan RM4,000 Bantu Sekolah Sri Nadi Tawau

Datuk-nizam.jpg

Nizam (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada Roslan.

Kongsi Bersama

TAWAU: Sekolah Rendah Integrasi Tahfiz Nadi Al Baghdadi (SRI NADI) Tawau menerima sumbangan sebanyak RM4,000 daripada Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, di sini pagi semalam.

Nizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berkata sumbangan itu diberikan untuk membantu operasi dan kemudahan di pusat tersebut.

Katanya, kewujudan sekolah agama ini merupakan satu perkembangan yang baik bagi memperbanyakkan lagi pusat pendidikan agama di daerah ini.

“Sekolah ini mampu melahirkan modal insan bukan sahaja dari segi akademik, tetapi menjadikan murid di sini celik Al-Quran pada masa akan datang.

“Kerajaan sangat menggalakkan pembinaan pusat-pusat pendidikan terutamanya dari segi pengajaran agama supaya negara dapat melahirkan modal insan yang bertakwa,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui ketika merasmikan Surau Ibu Sina Sri Tahfiz Nadi Al-Baghdadi, di sini.

Sementara itu, Nizam mengucapkan syabas dan tahniah kepada pengurusan sekolah ini atas inisiatif membina surau di pusat ini.

“Saya difahamkan surau ini akan memberi manfaat kepada penduduk kampung berhampiran bagi melaksanakan ibadah terutamanya solat berjemaah di sini.

“Surau ini akan dibuka kepada penduduk pada bulan Ramadan akan datang untuk menunaikan solat tarawih secara berjemaah,” katanya.

Menurutnya, inisiatif itu sangat baik kerana ia dapat merapatkan lagi perpaduan dan ukhuwah antara pengurusan sekolah dan penduduk kampung.

“Saya berharap, sekolah atau pusat pendidikan lain dapat mengambil contoh daripada usaha yang dibuat oleh sekolah ini.

“Pihak sekolah perlu mempunyai hubungan baik dengan masyarakat supaya dapat mewujudkan suasana harmoni antara kedua-dua pihak,” katanya.

Turut hadir, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah SRI NADI Tawau,Ustaz Roslan Ramli. – Utusan Borneo


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top