TAWAU: Usaha membantu rakyat terus menjadi agenda utama ADUN Apas Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dan hasrat itu diterjemahkan dengan kerajinannya turun padang untuk menyantuni rakyat.
Hujung minggu lalu Pembantu Menteri Kewangan Sabah sekali lagi berada di lapangan bagi menjayakan program bantuan peralatan baik pulih rumah daif di DUN Apas.
Program selama dua hari itu menyaksikan Nizam sendiri turun bagi menyempurnakan agihan bantuan tersebut yang berupa zink, plywood, pelbagai jenis kayu, kerusi plastik dan tangki air.
Seramai 30 penerima mendapat bantuan tersebut. Ia merangkumi penduduk dari Kg Inderasabah,Kg Juragan,Kg Sungai Apas,Kg Sungai Gading,Kg Batu Payung,Kg Tinagat,Kg Kinabutan Bukit Batu 6,Kg Batu 7 Tinagat,Taman Tawau Lama dan Kg Titingan.
Pemberian bantuan itu bertujuan meringankan bebanan kumpulan sasaran yang terjejas dengan kenaikan harga barangan, termasuk harga bahan binaan.
Sumber berita dan foto: FB Nizam Abu Bakar Titingan