Nisbah Pemberian Kerusi BN, GRS Di Sabah Hampir 50-50 – Bung Moktar

BUNG.jpg

Pengerusi Perhubungan BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin (tengah) bersama rakan-rakan pemimpin parti bergambar beramai-ramai semasa mesyuarat Umno Bahagian Kinabatangan di Sandakan 15 Oktober 2022. — Foto Bernama

Kongsi Bersama

SANDAKAN: Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan menyaksikan nisbah hampir 50-50 dalam pembahagian kerusi parlimen bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang, kata Pengerusi Perhubungan BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Sabtu .

Beliau berkata walaupun senarai calon BN dan GRS masih belum dimuktamadkan, tidak akan berlaku pertembungan kerusi seperti yang berlaku semasa pilihan raya negeri pada 2020.

“Semuanya ialah 25 kerusi (di Sabah). Jadi, ia menang-menang untuk kita (BN dan GRS).

“Akan ada ramai muka baharu (calon BN)…kira-kira 80 peratus,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kinabatangan di sini.

Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata BN Sabah dan GRS akan mengumumkan calon mereka secara serentak di Kota Kinabalu tidak lama lagi. — Bernama

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top