Nik Zawawi Mohon Maaf Kepada Penganut Kristian

nik-zawawi.jpg
Kongsi Bersama

Anggota Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh hari ini memohon maaf kepada penganut Kristian dan rakyat Malaysia atas ucapannya yang dianggap menghina.

“Saya mohon maaf jika ada yang terguris, saya tidak berniat begitu.

“Apa yang saya niat saya adalah hendak pertahankan kitab Injil asal yang diturunkan kepada Nabi Isa, tanpa ada sebarang perubahan,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun memerintahkan anggota Parlimen PAS itu menarik balik kenyataannya sebelum ini dan memohon maaf.

Nik Zawawi sebelum ini dilaporkan enggan meminta maaf berhubung ucapannya di parlimen bahawa kitab Injil “dipesongkan” dan penganut Kristian tidak mempunyai “hak untuk tersinggung”.

Nik Zawawi membuat kenyataan itu ketika membahaskan rang undang-undang untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan bagi meningkatkan hukuman terhadap pemandu mabuk.

Menurut Nik Zawawi, langkah kerajaan untuk meminda undang-undang tidak boleh dianggap sebagai masalah agama kerana tidak ada agama yang membenarkan penganutnya meminum alkohol.

“Dari apa yang saya pelajari mempelajari agama perbandingan, tidak ada kepercayaan yang membenarkan penganutnya meminum alkohol. Tidak ada agama. Bukan agama Buddha, Hindu atau yang lain membenarkannya.

“Ini tidak seharusnya menjadi isu sensitif bagi penganut agama lain,” kata Zawawi.

Zawawi kemudian ditegur oleh anggota parlimen Beruas, Datuk Ngeh Khoo Ham, yang berkata agama lain membenarkan pengambilan alkohol tetapi tidak sampai ke tahap mabuk.

Zawawi bagaimanapun menolak penjelasan Ngeh, dengan alasan bahawa “sebelum Injil dipesongkan, agama Kristian telah melarang alkohol”.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top