Niat Tak Betul Sebab Itu Strategi Tidak Menjadi – Tajuddin

tajuddin.jpg
Kongsi Bersama

Seorang Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata terdapat beberapa Ahli MT memberitahu mereka ditarik untuk berdiri bersama presiden parti Ahmad Zahid Hamidi ketika sidang media pada Selasa lalu.

“Apa permainan mereka ini? Nak jatuhkan kerajaan, kemudian nak tubuh kerajaan dengan Bersatu juga? Tidakkah ia dilihat main-main?

“Bila Perdana Menteri dah buat keputusan, masing-masing rasa macam terperangkap, kan?

“Ada seorang dua yang dah hubungi balik, cakap mereka ditarik-tarik untuk berdiri bersama pada sidang media yang UMNO buat kelmarin,” kata Ahli Parlimen Pasir Salak itu.

Beliau menempelak Zahid dan sekutunya di dalam MT berhubung pengumuman kali ketiga menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Walaupun sudah tiga kali membuat pengumuman terbuka untuk memberitahu rakyat berhubung langkahnya dan beberapa ahli MT UMNO, Zahid masih gagal, sebaliknya dilihat telah membuat banyak kesilapan hingga merugikan UMNO.

Memetik kenyataannya kepada Utusan, Tajuddin menggesa UMNO kembali kepada keputusan asal meneruskan sokongan terhadap kerajaan PN pimpinan Muhyiddin.

“Ia selaras dengan keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2020 sebelum ini untuk terus menyokong kerajaan sehingga Pilihan Raya Umum (PRU).

“Kekal sahaja dengan keputusan asal, jangan dipinda. Sebab keputusan semalam yang dibuat, kerajaan tetap tidak tumbang?,” katanys sambil menjelaskan banyak kesilapan yang UMNO lakukan, malah strategi yang cuba dibuat akhirnya merugikan parti itu sendiri.

“Perlu diingat, jalan nak pergi ke Ipoh ni ada banyak, ada jalan kampung, ada lebuh raya. Strategi tidak mengena. Berapa kali Zahid dah buat kesilapan? Sebab kalau niat dah lain, memang takkan jadi,” katanya.

 

Sumber: Agenda Daily


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top