NGO Gesa Tubuh Unit Khas Selesaikan Isu-Isu Sabah, Sarawak

paul.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Angkatan Perpaduan Sabah (APS) mendesak Kementerian di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) untuk menubuhkan unit khas untuk membantu menyelesaikan isu-isu berkaitan Sabah dan Sarawak.

Naib Presidennya, Paul Kadau berkata, unit ini akan membantu memantau masalah yang berkaitan dengan agama dan hal ehwal penduduk asasl serta tradisi budaya dengan berkesan.

“Dengan melakukan ini, menteri (Datuk Seri Maximus Ongkili) tidak perlu lagi menunggu orang datang dan mengadu, serta mengumpulkan bukti kerana dia sendiri akan lebih ke hadapan daripada yang lain dengan mengetahui isu atau masalah dengan cepat, dan bertindak segera.

“Ini akan lebih baik dan berkesan daripada sekadar bersikap tunggu dan lihat. APS juga dapat membantu, seperti yang telah kita lakukan sejak 2012, dengan terus menyoroti keprihatinan terutama berkenaan rakyat Sabah jika itu dapat membantu menteri untuk bertindak balas dan mengambil tindakan pantas menyelesaikannya, “katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Paul berkata demikian sebagai reaksi kepada menjawab kenyataan setiausaha politik menteri berkenaan Christopher Mandut, yang meminta supaya kepada menteri yang meminta supaya mencatat dan merekodkan aduan dan  penghinaan terhadap penduduk asal dan Kristian di Sabah dan tidak membuat pernyataan yang tidak berasas, dan juga memberikan bukti yang sewajarnya kepada pihak berwajib untuk menyokong dakwaannya.

“Saya tidak percaya bahawa menteri dan anak buahnya tidak mengetahui apa yang berlaku, walaupun di media sosial dalam talian,” kata Paul.

Paul mengatakan pada 28 November 2015, dia telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau terhadap seorang pemimpin di Beaufort kerana menghina masyarakat Dusun.

Menurutnya, dia juga telah mengajukan saman di Mahkamah Anak Negeri Keningau, tetapi persidangan ditunda dua kali kerana campur tangan pihak tertentu di peringkat atasan.

Katanya, pada 11 Disember tahun lalu dia telah membuat laporan polis terhadap seseorang bernama Andi Rishal Ardan yang beralamat di Sandakan, atas tindakannya memuat naik gambar lucah di akaun Facebooknya yang telah menghina masyarakat Kristian.

Dia juga menyebut bahawa satu lagi laporan polis telah dibuat terhadap seorang pengguna Facebook pada awal tahun ini atas kenyataan memfitnah mengenai agama Kristian, tetapi setakat ini tidak ada penangkapan atau tindakan yang diambil.

“Adakah tindakan seperti ini juga dikecualikan dari Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Sabah?” katanya.

“Saya dengan senang hati akan memberikan semua bukti sehingga mereka dapat meneliti semuanya dan membantu memastikan tindakan diambil,” tegasnya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top