Nelayan hilang disambar buaya ketika turun ke bot

disambar-buaya.jpg

Pasukan penyelamat sedang melakukan gerakan mencari. - Foto ihsan Bomba.

Kongsi Bersama

TAWAU: Seorang nelayan warga emas hilang dikhuatiri dibaham buaya ketika hendak ke laut di Kampung Mas-Mas Nasib Kita, dekat sini, awal pagi, kelmarin.

Ketika kejadian, mangsa, Addi Bangsa, 60, dikatakan bersendirian sebelum disambar reptilia itu semasa hendak turun ke bot untuk menangkap ikan kira-kira jam 4 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin, berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan selepas pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu daripada pihak polis jam 7.03 pagi.

Operasi turut dibantu anggota polis menggunakan bot dengan kaedah pencarian di permukaan dalam radius tiga kilometer sepanjang muara sungai.

“Sehingga jam 6 petang tadi (semalam) mangsa belum ditemui dan SAR akan disambung semula esok (hari ini),” katanya. – BHarian

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top