KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam mendakwa Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, sedang bercuti bersama keluarga di Auckland, New Zealand ketika banjir besar melanda negeri di bawah pentadbirannya.
Lokman membuat dakwaan itu dalam siaran langsung di media sosial malam tadi.
Malaysiakini dalam laporannya hari ini memetik Lokman sebagai berkata, Samsuri dan isterinya berlepas ke Auckland pada 11 Dis dan hanya dijangka pulang esok (22 Dis).
“Amat menyedihkan. Kami semak tadi (malam tadi) sama ada, ada pertukaran jadual penerbangan… 22 Dis nanti baru dia balik.
“Jadual penerbangan (untuk Samsuri) tidak ada perubahan.
“Maknanya, bulan madu dengan isteri dia itu lebih penting daripada (penderitaan rakyat) … kamu faham-faham sajalah. Ini amat menyedihkan,” kata Lokman.
Dia juga mendakwa mempunyai maklumat terperinci berhubung percutian Samsuri di Aucland iaitu resit kereta sewanya.
Lokman turut membidas naib presiden PAS itu kerana memulakan kutipan derma bagi mangsa banjir melalui pejabatnya sebagai ADUN Rhu Rendang meskipun tidak hadir secara fizikal.
Berita lanjut boleh dibaca di sini