Negara Mampu Beralih Ke Fasa Kedua PPN Awal Ogos – TPM

ismailsabri975r.jpg

Gambar fail

Kongsi Bersama

PETALING JAYA: Seluruh negara mampu beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) awal Ogos sekiranya negara kekal berada di landasan yang betul dalam usaha mencapai imuniti kelompok.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, peralihan itu juga bergantung kepada tiga indikator utama yang ditetapkan di bawah PPN termasuk kadar vaksinasi lengkap dua dos melepasi nilai ambang 10%.

“Prestasi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) memberi petunjuk bahawa kadar vaksinasi lengkap dua dos telah melepasi nilai ambang 10% yang ditetapkan untuk negara beralih dari Fasa 1 ke Fasa 2.

“Indikator ini sejajar dengan perancangan PPN yang menjangkakan kadar vaksinasi akan mencapai 10% populasi pada akhir bulan Julai ini.

“Sekiranya perkembangan positif ini berterusan, seluruh negara mampu beralih ke Fasa 2 pada awal bulan Ogos seperti Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak yang telah pun terlebih dahulu berada di Fasa 2 setelah melepasi nilai ambang ketiga-tiga indikator utama yang ditetapkan di bawah PPN,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang muncul sebagai kumpulan pertama peralihan ke Fasa 2 pada 5 Julai lalu, diikuti Pulau Pinang pada 7 Julai dan Sarawak pada 14 Julai.

Peralihan itu berdasarkan pencapaian nilai ambang tiga indikator utama ditetapkan Kementerian Kewangan di bawah PPN sejak dilaksanakan pada 29 Jun lalu.

Peralihan Fasa 1 ke Fasa 2 dibuat berdasarkan nilai ambang diukur melalui purata kes harian Covid-19 direkodkan menurun bawah 4,000 kes dan kadar penggunaan katil di unit rawatan rapi berada pada paras sederhana, selain kadar vaksinasi bagi jumlah populasi yang menerima dua dos lengkap mencapai 10%.

Kerajaan menjangkakan, seluruh negara beralih sepenuhnya kepada Fasa 4 PPN menjelang akhir tahun ini dan kehidupan kembali normal seperti sebelum wabak itu muncul tahun lalu. – FMT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top