Nazri Selar Ahmad Maslan Selepas Diarah ‘Tutup Mulut’

nasri-ahmad-maslan.jpg
Kongsi Bersama

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Umno Datuk Seri Nazri Aziz yang terkenal lantang bersuara berkata, beliau dilarang membuat kenyataan selepas mengkritik Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, larangan itu dikeluarkan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan yang memaklumkan beliau hanya tiga orang dibenarkan bersuara bagi pihak parti, iaitu dirinya, Zahid dan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Dengan memetik mesej itu, katanya, selain tiga orang terbabit, ahli lain hanya boleh bersuara “bagi diri mereka”.

“Tetapi, dia boleh pergi jahanam. Sekarang ialah 2021 dan Umno bukannya parti komunis.

“Dan saya sentiasa bercakap untuk diri saya juga,” kata bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno itu kepada FMT.

Menurut mesej yang diterimanya, Nazri diingatkan sebarang pendapat peribadi tidak patut menyukarkan lagi hubungan sesama ahli Umno.

Menurut mesej itu, sebarang pertikaian terbuka hanya akan mengundang laporan negatif dalam media yang tidak akan memanfaatkan parti.

“Jangan layan hasutan media untuk mensensasikan berita. Kita tiada tanggungjawab terhadap mereka.”

Larangan bersuara itu menyusul sehari selepas Nazri dilaporkan berkata, peluang Umno memenangi pilihan raya umum ke-15 sangat tipis selagi Zahid menjadi ketua gabungan itu dan tonggak kepada Umno.

Beliau turut mengkritik kepemimpinan Zahid dengan berkata, semakin jelas Zahid tidak lagi mendapat sokongan atau kredibiliti untuk memimpin Umno dan Barisan Nasional.

Katanya, Zahid – yang berdepan 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram – perlu berundur dan membenarkan orang lain memimpin Umno serta BN.- FMT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top