Nazri Dakwa 25 Ahli Parlimen BN Hilang Keyakinan Terhadap Zahid

zahid-nazri.jpg
Kongsi Bersama

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz mendakwa bahawa majoriti daripada 42 anggota parlimen BN telah hilang kepercayaan terhadap Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Nazri memberitahu Malaysiakini bahawa akuan bersumpah (SD) ditandatangani sebagai ‘akuan mandat 25 ahli-ahli parlimen BN’ kepada Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein sekiranya ahli parlimen Sembrong itu dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong.

“Apabila saya dapat tahu Agong nak jumpa ketua-ketua parti, saya tidak lagi percaya kepada Zahid.

“Pada Oktober Zahid memberi maklumat yang mengelirukan kepada Agong bahawa ahli parlimen BN menyokong (Datuk Seri) Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

“Saya percaya Hishammuddin untuk mengatakan yang sebenarnya bahawa kita tidak menyokong Anwar atau DAP,” kata Nazri kepada Malaysiakini.

Dia enggan mendedahkan berapa ramai anggota kabinet yang menandatangani SD tersebut.

Dia juga berkata SD itu tidak bertujuan untuk menyokong Hishammuddin sebagai perdana menteri.

 

Baca seterusnya di: Malaysiakini


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top