Nazir Razak, 54 Tokoh Cadang Wujudkan “Better Malaysia Assembly”

nazir.jpg
Kongsi Bersama

Tokoh perbankan, Tan Sri Nazir Razak, bersama sekumpulan 54 individu terkemuka lain menggesa Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah dan Majlis Raja-raja memperakui penubuhan sebuah platform tanpa partisan untuk mencadangkan pembaharuan ketika negara berdepan pelbagai cabaran.

Cadangan itu – yang disampaikan melalui sepucuk surat – menyatakan seorang demi seorang perdana menteri menjanjikan pembaharuan yang besar, tetapi ia kemudian sering dibayangi nada perkauman dan agama sehingga akhirnya hanya sedikit perubahan dicapai.

Selain itu, mereka berkata ahli parlimen sering gagal menangani isu struktur kerana mereka sering mengutamakan kepentingan jangka pendek dan pilihan raya mereka sendiri.

Justeru, kata kumpulan terbabit, satu platform perbincangan – yang dicadangkan agar dinamakan sebagai “Perhimpunan Malaysia Yang Lebih Baik” – akan menjadi pendekatan yang lebih berkenaan untuk mendorong pembaharuan.

Menurut mereka, wakil rakyat hendaklah menjadi pemimpin bukan partisan dan bersuara untuk pelbagai lapisan masyarakat Malaysia, manakala komposisinya harus dipersetujui terlebih dahulu oleh satu pasukan yang terdiri daripada perdana menteri, ketua pembangkang dan pemimpin masyarakat sivil.

Sebarang kebuntuan dalam pemilihan ahlinya, kata mereka, hendaklah dirujuk kepada Majlis Raja-Raja untuk keputusan muktamad.

Tambah Nazir dan kumpulan berkenaan, platform itu akan membincangkan isu-isu kenegaraan dan reformasi institusi, termasuk sistem pilihan raya, pembiayaan politik, hubungan persekutuan-negeri, peranan institusi, tindakan afirmatif dan pendidikan.

 

Baca seterusnya di: Malaysiakini


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top