Nasib Penduduk Limbahau Sentiasa Terbela – Mositun

mositun.jpg
Kongsi Bersama

PAPAR: Simpati dengan nasib mereka yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Limbahau, Datuk Johnny Mositun dengan kerjasama rakan strategik tampil memberi sumbangan untuk ‘food bank’.

Sumbangan itu disalurkan kepada Holy Rosary Limbahau dan seterusnya diagih-agihkan kepada anggota yang memerlukan bantuan.

Mositun menyerahkan sumbangan tersebut kepada Ketua Paroki Limbahau Sylvester J.Gunsoi dan Rita Moses Abah pada majlis ringkas semalam.

Bercakap kepada pemberita, Mositun berkata pihaknya sentiasa bersedia membantu rakyat khususnya di Dun Limbahau yang terkesan dengan PKP.

Beliau turut menasihati penduduk Limbahau supaya sentiasa mematuhi SOP dan tampil mendaftar untuk menerima suntikan vaksin. – Jesselton Times


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top