Nasib berbeza lima bekas MB, mantan KM

4-MB.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Dua bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman tewas kepada pencabar masing-masing pada pilihan raya negeri (PRN) di negeri masing-masing kali ini.

Ahmad yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal tewas kepada Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Razali Idris dengan majoriti 3,758 undi.

Razali yang merupakan muka baharu mengalahkan Ahmad yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu selepas memperoleh 13,403 undi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, Ahmad kekal mempertahankan kerusi DUN Kijal yang disandang sejak 1990 dengan majoriti 1,265 undi.

Sementara itu, Ahmad Razif juga tewas kepada pencabarnya, Khazan Che Mat dengan majoriti 2,797 undi.

Ahmad Razif yang merupakan penyandang kerusi Seberang Takir sejak 2008 memperoleh 9, 359 undi manakala Khazan mendapat 12,156 undi.

DS Mohamad Hasan

Manakala di Kedah Pengerusi BN negeri yang juga bekas menteri besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid kalah di DUN Pedu kepada calon PN dari PAS yang juga penyandang kerusi DUN itu, Mohd Radzi Md Amin dengan majoriti 6,373 undi.

Mahdzir hanya memperoleh 8,024 undi manakala Mohd Radzi mendapat 14,397 undi.

Nasib seorang lagi bekas menteri besar iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagaimanapun berbeza apabila berjaya memenangi kerusi DUN Hulu Kelang dengan majoriti 1,617 undi.

Beliau memperoleh 25,597 undi menewaskan calon PH Juwairiya Zulkifli yang mendapat 23,980 undi.

Di Negeri Sembilan, bekas menteri besar negeri itu Datuk Seri Mohamad Hasan berjaya mempertahankan kubu kuatnya selepas menang besar dengan majoriti lebih 10,000 undi ke atas wakil PN, Rozmal Malakan di kerusi DUN Rantau.

Mohamad yang juga Menteri Pertahanan memperoleh 16,957 undi manakala lawannya yang merupakan Timbalan Yang Dipertua Pas Rembau pula mendapat 6,677 undi.

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pula berjaya mempertahankan kerusi DUN Air Putih disandangnya sebelum ini dalam pertembungan tiga penjuru selepas menewaskan dua lawannya iaitu calon PN, Ivan Kong dan wakil Parti Rakyat Malaysia (PRM), Teh Yee Cheu dengan majoriti sebanyak 7,923 undi.

Guan Eng meraih 8,996 undi manakala Ivan sekadar meraih 1,073 undi dan Yee Cheu dengan 437 undi.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top