Nasi kandar RM218!

nasi-kandar.jpg

Seorang pelanggan menikmati hidangan nasi kandar yang berharga RM218 sepinggan di sebuah restoran Nasi Kandar di Jalan Air Itam, Georgetown, Pulau Pinang semalam. Foto FB Nasi Kandar Sulaiman

Kongsi Bersama

GEORGETOWN: Berapa harga paling mahal yang pernah anda bayar untuk sepinggan nasi kandar?

RM30, RM40 atau RM50?

Kelazimannya harga sepinggan nasi kandar yang ‘biasa-biasa’ adalah sekitar RM10 hingga RM20.

Jadi bila harganya mencecah RM218, ia bukan lagi ‘biasa-biasa’.

Semalam sebuah kedai nasi kandar terkenal di Jalan Air Itam, Pulau Pinang memuat naik di Facebooknya yang ia mencatat rekod apabila seorang pelanggan membayar lebih RM200 untuk sepinggan nasi kandar.

“Antara lauk adalah 13 ekor sotong yang berharga RM7.50 seekor, 13 ekor udang berharga RM7.50 seekor dan dua ketul isi ayam berharga RM5.50 seketul.

“Selain itu, telur sotong berharga RM7, bendi (RM2), telur masin (RM2) dan nasi putih (RM1.50),” ujar kenyataan itu.

Pelanggan tersebut dikatakan mengambil masa sejam 7 minit untuk menghabiskan nasi kandar tersebut.

Menurut kenyataan itu lagi sehari sebelumnya seorang pelanggan lain menikmati nasi kandar bersama lauk 12 ekor sotong, ayam, ikan, daging dan daging kambing pada harga RM114.50.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top