Nama UMS Terus Gah

UMS.jpg

PESERTA MTE 2023 berjaya mengharumkan nama UMS.

Kongsi Bersama

PENYELIDIK Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus menunjukkan pencapaian membanggakan apabila berjaya merangkul sembilan pingat dan satu anugerah khas dalam Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) 2023 yang berlangsung tiga hari di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, baru-baru ini.

UMS memperoleh 100 peratus kemenangan untuk semua penyertaan membabitkan 500 produk inovasi dari 15 negara dengan meraih tiga pingat emas, dua pingat perak dan empat pingat gangsa dalam kategori International Innovation Awards (IIA).

Produk inovasi bertajuk Interactive Pre-Maths oleh kumpulan penyelidik diketuai Dr Connie Shin memenangi pingat emas pertama dan dinobat penerima Anugerah Khas (Special Award) daripada Persekutuan Persatuan Pencipta Antarabangsa (IFIA).

Manakala pingat emas kedua dimenangi kumpulan penyelidikan diketuai Dr Jinky Jane C Simeon dengan produk Sompoton Video Assisted Learning (VAL) KIT.

Pingat emas seterusnya dimenangi melalui inovasi bertajuk UMS Transformation Modules for Young Inmates oleh kumpulan penyelidik diketuai Dr Esther Jawing.

 

Baca seterusnya di: HMetro

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top