Nama-Nama Besar Yang Tumpas Di Medan PRN Sabah

big-name.jpg

Medan PRN Sabah pada 26 September lalu jelas memakan korban yang tidak sedikit. Selain lebih separuh daripada 473 calon yang bertanding hilang deposit, PRN itu juga menyaksikan banyak nama-nama besar tumbang.

Antara mereka yang berada dalam senarai itu ialah Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Seri Anifah Aman yang bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan; Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (Kiulu).

Turut tewas dalam saingan PRN Sabah ialah Ketua Umum Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Pintasan), Presiden Kehormat Seumur Hidup Parti Liberal Demokratik (LDP), Tan Sri Chong Kah Kiat (Inanam) dan Presiden LDP, Datuk Chin Su Phin (Api-Api).

Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), Dr Ationg Tituh (Kuamut) dan veteran politik yang juga Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), Brigadier Jeneral Tan Sri Liew Yun Fah (Merotai).

Berada dalam senarai mereka yang tumbang juga ialah dua timbalan presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Radin Malleh (Melalap) dan Datuk Dr Yee Moh Chai (Api-Api).

Pemimpin-pemimpin utama parti-parti bertanding yang hilang deposit pula ialah Chong, Chin dan Dr Ationg.

Yang menariknya ada juga calon BN dan PN turut hilang deposit. Mereka ialah Gee Tien Siong (PN) yang hanya meraih 989 undi ketika tewas kepada calon WARISAN dari DAP, Phoong Jin Zhe, yang memungut 15,510 undi untuk menang dengan majoriti 14,521 undi, di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Luyang.

Sementara itu, calon BN DUN Likas, Dr Chang Kee Ying, hilang deposit selepas hanya memungut 656 undi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top