Najib ‘Sekolahkan’ Shafie

Najib-shafie.jpg
Kongsi Bersama

Semalam tersiar berita Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal berkata rakyat Sabah tidak perlukan BR1M mahupun Bantuan Prihatin Nasional (Prihatin).
Dan semalam juga dalam satu hantaran di akaun Facebook Najib Razak, bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ‘menyekolahkan’ Shafie.
Berikut merupakan catatan penuh Najib pada hantaran itu:

Shafie, mari sini duduk sebelah saya.
Saya jelaskan satu-satu report card kamu.

1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F!

2. Kadar pengangguran 2019 iaitu 5.8% adalah yang tertinggi. Ini gred F!

3. Pertumbuhan ekonomi Sabah 2018 hanya 1.5 peratus. Paling teruk antara semua negeri. Ini gred F!

4. Pertumbuhan ekonomi Sabah 2019 hanya 0.5 peratus. Paling teruk antara semua negeri. Ini gred F!

5. Kira-kira 10 daerah di Sabah, pendapatan rakyat jatuh lebih rendah pada 2019 berbanding masa BN. Ini gred F!

Ada faham Shafie?

2 tahun Sabah di tangan PH/Warisan.

2 tahun Sabah dimusnahkan.

Ekonomi teruk. Pekerjaan tiada.

Hari ini Shafie kata tak perlu bagi rakyat bantuan?

Saudara-saudari rakyat negeri Sabah.

Tumbangkan Warisan!!!

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top