Naib Presiden UMNO: Wan Rosdy, Khaled, Johari Dahului Saingan

Naib-Presiden.jpg

Wan Rosdy, Khaled dan Johari.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Keputusan tidak rasmi menunjukkan menunjukkan Wan Rosdy Wan Ismail dan Khaled Nordin persaingan mendahului jawatan naib presiden Umno, bagi penggal 2023-2026.

Sehingga lewat malam tadi, Wan Rosdy yang juga menteri besar Pahang memperoleh 88 undi manakala Khaled yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi meraih 81 undi. Mereka diikuti Ahli Parlimen Titiwangsa Johari Abdul Ghani yang meraih 68 undi.

Berada agak jauh di belakang kelompok mereka bertiga ialah Datuk Seri Azalina Othman Said (39), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (31), Datuk Hasni Mohammad (28), Datuk Seri Mahdzir Khalid (17).

Seorang lagi calon Dr. Mohd. Yusof Musa masih belum memperoleh sebarang undi.

Sementara itu menurut Bharian, etua Penerangan UMNO, Isham Jalil, menjangkakan keputusan bagi pemilihan jawatan itu dijangka hanya akan diketahui dalam tempoh 48 hingga 72 jam

Sebanyak 189 bahagian Umno terlibat pada pemilihan kali ini.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top