Naib Presiden UMNO: Azalina Calon Wanita Tunggal Setakat Ini

azalina-1.jpg

AZALINA Othman Said menyerahkan borang pencalonan Naib Presiden UMNO di Menara Dato Onn' hari ini. - GAMBAR UMNO ONLINE

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said akan bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti akan datang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) itu menyerahkan borang pencalonannya di ibu pejabat UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Dengan perkembangan itu, pemilihan Umno akan datang kini akan menyaksikan pertembungan lapan penjuru untuk tiga jawatan naib presiden.

Penyandang Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Mahdzir Khalid mengumumkan akan mempertahankan jawatan mereka, manakala seorang lagi penyandang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih belum membuat keputusan.

Selain dua penyandang itu, turut menawarkan diri bertanding jawatan tersebut ialahK etua UMNO Bahagian Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Ketua UMNO Bahagian Pontian, Datuk Seri Hasni Mohammad, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Luar Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Tarikh tutup penyerahan borang adalah pada jam 5 petang ini, manakala pemilihan akan berlangsung pada 18 Mac.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top