Naib Presiden UMNO; 7 Serah Borang, Ismail Sabri Belum Lagi

reezal-naib-presiden-umno.jpg

REEZAL Merican Naina Merican menyerahkan borang pencalonan Naib Presiden UMNO di Menara Dato Onn.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Tinggal sehari lagi menjelang tarikh akhir penghantaran borang pencalonan, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih mengundang tanda tanya sama ada mempertahankan jawatan itu ataupun tidak.

Sehingga berita ini ditulis beliau dilaporkan belum menyerahkan borang pencalonan.

Setakat ini tujuh calon telah menyerahkan borang bagi bertanding kerusi Naib Presiden. Mereka ialah Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Ketua UMNO Bahagian Pontian, Datuk Seri Hasni Mohammad, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Luar Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Turut berbuat demikian ialah dua penyandang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Untuk rekod tarikh akhir penghantaran borang bagi pemilihan sesi 2023-2026 itu adalah pada Ahad, 26 Februari, jam 5 petang.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top