Nahas di Jalan Kimanis-Keningau: Dua maut, dua cedera

xcident.jpg

Kredit foto: Sinar Harian

Kongsi Bersama

PAPAR: Dua lelaki maut manakala dua lagi cedera termasuk seorang bayi selepas kenderaan yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori dalam kejadian di Jalan Kimanis-Keningau Batu 16 Kimanis dekat sini pada tengah malam tadi.

Menurut Sinar Harian, kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, Mohd Izuddin Abu Hassan, 32, dan Mohd Kasim Labadillah, 33, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Dua lagi mangsa iaitu seorang wanita mengalami kecederaan parah dan bayinya turut cedera dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BNP) Kimanis Mohd Johainin Ruslan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.59 tengah malam dan enam anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 12 kilometer.

Menurutnya, kemalangan melibatkan dua kenderaan yang bertembung iaitu kereta jenis Proton Persona dan sebuah lori tiga tan.

“Terdapat empat mangsa terlibat di dalam Proton Persona di mana seorang wanita yang cedera parah dan bayinya telah dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke hospital sebelum pasukan bomba tiba di lokasi.

“Dua lagi mangsa iaitu pemandu dan penumpang di hadapan tersepit sebelum dikeluarkan oleh pasukan bomba dengan menggunakan peralatan khas, namun kedua-duanya disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya ketika dihubungi akhbar itu hari ini.

Beliau berkata, pemandu lori bersama seorang penumpangnya tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Sementara itu, mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi kemudiannya ditamatkan pada jam 3.15 pagi selepas pasukannya memastikan tiada bahaya lain wujud di lokasi kejadian,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top