Nahas di Jalan Felda Sahabat: 3 maut, 2 parah, 8 cedera

xcident.jpg

Kemalangan di Jalan Felda Sahabat yang mengorbankan tiga nyawa. (Kredit foto: Foto JBPM Sabah)

Kongsi Bersama

LAHAD DATU: Tiga individu, termasuk seorang kanak-kanak, disahkan maut dan dua lagi mengalami kecederaan parah, manakala lapan mangsa lain cedera ringan dalam kemalangan tragis yang melibatkan tiga kenderaan di Jalan Felda Sahabat semalam petang.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Riki Mohan Singh Ramday, mengesahkan bahawa mereka menerima panggilan kecemasan sekitar jam 6.19 petang.

Kemalangan tersebut melibatkan sebuah Nissan Frontier, sebuah Proton Iswara Aeroback, dan sebuah motosikal. Dalam kejadian itu, dua mangsa yang meninggal dunia adalah seorang kanak-kanak perempuan dan seorang wanita dewasa yang berada dalam Proton Iswara, sementara penunggang motosikal yang merupakan seorang lelaki dewasa juga terkorban.

Dua daripada mangsa itu, termasuk penunggang motosikal terkorban di lokasi kejadian

Dua lagi, seorang lelaki dan seorang wanita, yang merupakan penumpang Proton Iswara mengalami kecederaan parah. Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu telah dihantar ke lokasi kejadian.

Empat mangsa dari Proton Iswara berjaya dikeluarkan oleh orang awam, dan yang parah dibawa ke Klinik Kesihatan Tungku untuk rawatan lanjut. Salah seorang penumpang Proton Iswara bagaimanapun meninggal dunia dalam perjalanan ke klinik.

Dalam pada itu, lapan individu, termasuk tiga kanak-kanak yang berada dalam Nissan Frontier, dilaporkan mengalami cedera ringan. Kesemua mereka telah dihantar ke klinik yang sama oleh ambulans serta kenderaan awam sebelum kedatangan pasukan bomba.

“Dua mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” jelas Riki.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top