MySejahtera Ditambah Baik, Papar Status Vaksinasi dan Risiko – KJ

KJ-1.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Aplikasi MySejahtera akan dikemas kini dengan penambahan kemudahan paparan status vaksinasi dan risiko seseorang.

Melalui satu ciapan di laman Twitternya, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, penambahbaikan dalam aplikasi itu bermula pada malam tadi.

Katanya, paparan baharu itu akan menunjukkan sama ada seseorang itu sudah divaksinasi sepenuhnya atau tidak setiap kali dia mengimbas kod QR daftar masuk.

Selain itu, Khairy berkata, satu butang daftar keluar turut ditambah ke dalam aplikasi MySejahtera bagi menambah baik usaha menjejaki kontak rapat.

Pengguna hanya perlu menekan butang aplikasi itu tanpa perlu mengimbas sebelum keluar dari sesebuah premis atau lokasi, katanya.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top