MUTIARA GRS Hulur Bantuan Kepada Mangsa Kebakaran

mutiara-GRS-mangsa-kebakaran.jpg

Isteri Ketua Menteri menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Landong Ayang, Kudat

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Hajah Juliah Salag, yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS) bersama dengan ahli MUTIARA GRS telah melawat dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Landong Ayang, di Kudat, pada Khamis.

Juliah dan rombongannya turut melihat kawasan dan menyantuni keluarga yang terlibat dalam kejadian itu.

Isteri Ketua Menteri turut menyampaikan sumbangan kepada beberapa pesakit talasemia di Marina Jetty, Kudat.

Rombongan MUTIARA GRS itu turut disertai Isteri Timbalan Ketua Menteri II, Datin Seri Cecilia E Kitingan dan Isteri Timbalan Ketua Menteri III, Datin Linda Ewit.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top