MUTIARA GRS Beri Sumbangan Kepada Rumah Ibadat, Balairaya Di Tiga Mukim DUN Kundasang

linda-surau.jpg

Linda (dua dari kanan) menyampaikan Al-Quran, buku Yassin dan sejadah kepada Ustazah Muna Said di Masjid Al-Syarif

Kongsi Bersama

RANAU: Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS) menghulurkan sumbangan kepada tiga mukim dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang.

Mukim yang tebabit ialah Mukim Perancangan, Pinawantai dan Timbua.

Bagi Mukim Perancangan, sumbangan keperluan dapur seperti dapur gas, alat memasak diberikan kepada dua pihak gereja iaitu Gereja Roman Catholic (RC) Kg. Perancangan, Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Kg. Nalumad dan Balairaya Kg. Takutan.

Begitu juga bagi Mukim Pinawantai, di mana sumbangan disalurkan kepada gereja RC Kg. Togop Darat dan Balairaya Kg. Togop Laut.

Linda (lima dari kiri) dalam sesi penyerahan sumbangan Mutiara GRS kepada gereja dan balairaya Mukim Pinawantai, di Balairaya Kg. Togop Laut, Ranau.

Manakala Mukim Timbua menerima sumbangan Al-Quran, buku Yassin dan sejadah daripada isteri YAB Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag yang juga Yang DiPertua Mutiara GRS, yang diserahkan kepada Masjid Al-Syarif di Kg. Timbua dan Surau At Taqwa di Kg. Merungin 2.

“Sumbangan yang disalurkan ke masjid dan surau akan digunakan oleh pelajar wanita Islam Timbua dan jemaah di situ,”jelasnya.

Kesemua sumbangan berkenaan disampaikan oleh isteri kepada Timbalan Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datin Linda Ewit di sini, semalam.

“Saya ingin mengucapkan kesyukuran dan terima kasih kepada YAB Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor selaku Penaung MUTIARA GRS dan Datin Seri Julia Salag atas sumbangan ini,” kata Linda yang juga Naib Dipertua Mutiara GRS.

“Kita berharap akan mendapat meneruskan aktiviti kebajikan seperti ini pada masa akan datang. Saya dan Wanita PBS N36 Kundasang akan berusaha dan semoga Tuhan memberkati Kita semua,” ujarnya.

Linda juga mengucapkan terima kasih atas kerjasama diberikan oleh Pergerakan Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS) Kundasang yang diketuai oleh Martina Payak dan semua yang terlibat.

Sehubungan itu, Linda turut memberikan penghargaan kepada syarikat pengeluar makanan Kim Teck Cheong (KTC) Consolidated Berhad yang sudi menyumbangkan susu Dugro untuk disalurkan kepada penduduk kampung dan berharap dapat diteruskan pada masa akan datang. – Warta Oriental


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top