Mutang Tagal dilantik Yang di-Pertua Dewan Negara

datuk-mutang-tagal.jpg

Datuk Mutang Tagal

Kongsi Bersama

Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Orang Ulu (OUCCI), Datuk Mutang Tagal dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara yang baharu pada Isnin.

Bekas Ahli Parlimen Bukit Mas selama dua penggal itu mengangkat sumpah pada pukul 2.10 petang di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Beliau merupakan calon tunggal yang dikemukakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk jawatan tersebut.

Mutang, 69, adalah etnik Lun Bawang pertama dari Sarawak yang menjadi presiden Senat dan seorang peguam.

Beliau pernah berkhidmat dua penggal sebagai ahli Parlimen Bukit Mas dari 1982 hingga 1990, sebelum kawasannya disempadankan semula kepada kerusi Limbang dan Lawas.

Sementara itu Pejabat Yang Dipertua Dewan Negara dalam kenyataan memaklumkan pelantikan Mutang sebagai Ahli Dewan Negara adalah bagi tempoh tiga tahun bermula 15 Februari 2024 sehingga 14 Februari 2027.

Menurut kenyataan itu, lantikan beliau merupakan lantikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top