Mustapha dilantik ketuai PKR Sabah

mustapha.jpg

Mustapha (gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Mustapha Sakmud dilantik mengetuai PKR Sabah menggantikan Datuk Dr Sangkar Rasam.

Pelantikan Mustapha yang juga timbalan menteri pengajian tinggi itu dilihat sebagai usaha menamatkan kemelut PKR Sabah yang memuncak pada Mac lalu apabila 15 daripada 26 ketua cabang di negeri ini mendesak Sangkar berundur.

Dalam kenyataan, Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata, perubahan kepimpinan negeri ini diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat parti hari ini. Dalam pada itu perubahan kepimpinan juga berlaku di beberapa negeri lain.

PKR Wilayah Persekutuan dan Johor, yang sebelum ini diterajui Timbalan Presiden Rafizi Ramli turut mendapat ketua baharu.

Di Wilayah Persekutuan Rafizi digantikan oleh setiausaha politik Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azman Abidin di Wilayah Persekutuan, manakala di Johor tempatnya diganti oleh Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam negeri dan Kos Sara hidup Fuziah Salleh mengambil alih jawatan ketua PKR Pahang daripada Datuk Seri Amirudin Shari.

Amirudin, yang merupakan naib presiden parti, akan terus menerajui Selangor.

Seorang lagi naib presiden parti, Nik Nazmi Nik Ahmad tidak lagi mengetuai PKR Kelantan dan Terengganu, digantikan masing-masing oleh Suparadi Md Noor dan Ahmad Nazri Yusof.

Selain negeri-negeri di atas, kepimpinan negeri lain dikekalkan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top