Mustahil dapat nokhtahkan miskin tegar di Sabah sebelum akhir Julai – Mohd Shafie

shafie.jpg

Gambar fail

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Presiden Warisan Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal meragui matlamat kerajaan persekutuan untuk menokhtahkan kemiskinan tegar di Sabah menjelang akhir Julai dapat dicapai.

Bekas ketua menteri Sabah itu berkata data kerajaan persekutuan mengenai keluarga miskin tegar di negeri itu tidak menggambarkan realiti sebenar di lapangan, di mana keadaannya jauh lebih teruk.

“Kalau berdasarkan fakta saya yakin ia (membasmi kemiskinan tegar) tidak akan dapat diatasi (pada penghujung Julai) kerana jumlahnya bukan 10,000 tetapi jauh lebi besar,” katanya sebagaimana dilapor oleh FMT.

“Sebagai contoh, jika anda melihat Pulau Sebatik, Pitas dan Long Pasia … Terdapat ramai orang yang hidup dalam kemiskinan tegar di kawasan ini sahaja,” katanya kepada pemberita ]pada Program Ziarah Kasih di Papar pada Isnin.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan merancang untuk menghapuskan kemiskinan tegar di Sabah menjelang akhir Julai, dengan bilangan isi rumah dalam kategori ini telah menurun daripada 20,000 kepada 9,000.

Jabatan perangkaan berkata pada Julai tahun lepas Sabah merupakan negeri yang mempunyai kadar kemiskinan tertinggi di Malaysia iaitu 19.7%, diikuti Kelantan (13.2%) dan Sarawak (10.8%).

Shafie berkata langkah lebih terperinci diperlukan untuk menamatkan kemiskinan tegar di Sabah dengan berkesan, sambil menambah bahawa keadaan di negeri ini berbeza daripada di Semenanjung Malaysia.

“Di semenanjung, orang miskin mungkin mendapat sekurang-kurangnya RM1,000, tetapi di Sabah, mereka tidak mempunyai pekerjaan, tiada gaji.”

Ahli Parlimen Semporna itu menambah, beliau tidak mahu kerajaan menganggap ia telah menghapuskan kemiskinan tegar tetapi rakyat masih hidup dalam kesusahan di Sabah.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top