Muslimat PAS Sabah cungkil bakat pimpinan negeri

wanita-PAS.jpg
Kongsi Bersama

SANDAKAN: Muslimat PAS Sabah memperluaskan program pembinaan Plan Tindakan Strategik (PTS) yang melibatkan semua lajnah di negeri itu.

Ketua Muslimat PAS Sabah, Norsah Bongsu berkata, PTS diadakan sejak tahun 2018 bagi mengukuh organisasi dan melahirkan tokoh-tokoh dan kepimpinan muslimat.

Katanya, hasrat PAS Sabah mahu melahirkan pimpinan dalam kalangan muslimat sehingga 30 peratus di peringkat Perhubungan PAS Sabah.

“Awalnya PTS hanya melibatkan pimpinan tertinggi bersama Lajnah Pemerkasaan, namun kini diperluaskan kepada setiap lajnah dan kawasan.

“Melalui PTS setiap lajnah berjaya membuat pemarkahan kendiri setiap program yang dilaksanakan,” katanya pada perasmian Revisit Plan Tindakan Strategi (PTS) di Seri Ar-Raudhah, kelmarin.

Program yang dirasmikan oleh Setiausaha Perhubungan PAS, Sabah Sahar Abdul Majid, adalah anjuran bersama Lajnah NGO, Lajnah Penerangan dan Media Baharu serta Lajnah Dakwah Muslimat Negeri.

Norsah turut mengingatkan peserta PTS sentiasa istiqamah dan jangan lupa memohon pertolongan Allah SWT dalam merancang gerak kerja. – HARAKAHDAILY

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top