Musibah Tanah Runtuh: STAR Sampaikan Sumbangan Kepada Bekas Pemain Bola Sepak Wanita Sabah

Star-sumbangan-maria.jpg
Kongsi Bersama

Ketua Penyelaras Parlimen STAR P.170 Tuaran, Edward Linggu, bersama rombongan yang terdiri daripada AJK Star Bahagian Tamparuli dan Kiulu membuat kunjungan kepada Maria Gimbun di Kg. Bundu Tohuri, Tamparuli yang mengalami musibah akibat tanah runtuh pada awal pagi 3 September 2021 lepas.

Runtuhan akibat hujan lebat itu menyebabkan rumah yang didiami beliau bersama 7 ahli keluarga lain kini tidak selamat untuk didiami berikutan runtuhan tanah yang melibatkan sebahagian daripada struktur rumah mereka.

Maria dan sekeluarga kini menumpang di rumah ibu beliau yang tinggal berdekatan.

Beliau menerima sumbangan daripada beberapa AJK Bahagian STAR (Kiulu, Tamparuli, Sulaman dan Pantai Dalit) dan juga daripada Majlis Teringgi Parti yang disampaikan sendiri oleh Edward Linggu.

Maria yang merupakan bekas pemain bolasepak wanita Negeri Sabah sekitar tahun 1990an, turut menerima sumbangan berupa wang tunai daripada Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah.

Terdahulu difahamkan pihak UPPM Tamparuli telah membuat lawatan selain Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Flovia Ng yang telah memberikan sumbangan peribadi kepada Maria.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top