Musbah Buat Kejutan, Tanding Tiket Bebas

musbah.jpg
Kongsi Bersama

KOTA BELUD: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tempasuk Datuk Musbah Jamli membuat kejutan apabila bertanding atas tiket Bebas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini.

Musbah berdepan pertandingan enam penjuru bagi mempertahan kerusi tersebut.

Lima pencabar lain ialah calon Barisan Nasional (BN) Mohd Arsad Bistari yang merupakan bekas Ketua Pemuda UMNO Kota Belud, bekas Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah Datuk Hamzah Sundang daripada Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Abd Alif Saibeh (Parti Cinta Sabah) dan Kanul Gindol (Parti Gagasan Rakyat Sabah).

Turut mencabar Musbah ialah bekas calon PKR bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Mustapha Maksud yang merupakan pencabar terdekat beliau pada pilihan raya berkenaan.

Pada PRU14, Musbah yang bertanding atas tiket BN memperoleh 7,742 undi menewaskan Mustapha (5,478 undi), Suwah Bulleh daripada Parti Solidariti Tanah Airku (1,494 undi) dan Mustaqim Aling daripada PAS (521 undi).

— BERNAMA


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top