Musa Ucap Takziah Kepada Keluarga Tun Sakaran, DSP Lazim

musa.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Mantan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Tun Sakaran Dandai dan Allahyarham Datuk Seri Lajim Haji Ukin.

“Kita kehilangan seorang negarawan yang berjiwa besar dan tokoh yang amat disegani dan dihormati, yang telah banyak menaburkan jasa dan khidmat baktinya kepada agama, negara dan rakyat berikutan pemergian Tun Sakaran.

“Allahyarham Tun merupakan seorang insan yang berhati mulia, agamawan, pejuang, tokoh politik dan pemimpin yang menjadi contoh terbaik dan banyak memberikan nasihat yang menjadi rujukan dan panduan kita,” katanya dalam kenyataan media.

Katanya, Allahyarham Lajim merupakan sahabat yang baik, ahli politik yang berwibawa dan berpengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan di peringkat Negeri dan Persekutuan, pemimpin yang amat dihormati bukan sahaja dalam kalangan suku kaum bisaya, tetapi juga rakyat pada keseluruhannya.

“Sebagai pemimpin, Allahyarham Lajim banyak memberikan sumbangan dan khidmat khususnya kepada negeri dan rakyat Sabah dan terus menabur bakti sehingga ke akhir hayatnya,” tambah Musa.

Beliau berdoa semoga roh Allahyarham Tun Sakaran dan Allahyarham Lajim mendapat rahmat dan anugerah keampunan daripada Allaha SWT serta dikurniakan tempat bersama satu kumpulan orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta dimasukkan ke dalam syurga.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top