KOTA KINABALU: Tan Sri Musa Aman hari ini mengumumkan bahawa dia akan bertanding di kerusi Sungai Manila salah satu daripada 13 kerusi baharu DUN Sabah.
Dalam catatan di Facebook, mantan ketua menteri Sabah dan penyandang kerusi Sungai Sibuga itu mengatakan bahawa dia akan bertanding di kerusi itu, yang juga terletak di kawasan Parlimen Libaran, tetapi tidak menjelaskan mengapa beliau berbuat demikian.
“Saya akan kembali ke Sg Manila,” katanya.
Sumber dalaman UMNO memberitahu, hasrat Musa untuk berbuat demikian bukanlah perkara baharu. Bagaimanapun perkara itu masih dalam rundingan dengan Ketua Umno Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin.
Pada PRU 14, Musa telah memenangi Sungai Sibuga dengan majoriti 2,184 , merosot lebih 80% berbanding majoriti 11,569 pada PRU13.