Musa Minat Dun Sungai Manila, Bung Bersikap Terbuka

bung.jpeg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Walaupun tidak ada hubungan dengan Tan Sri Musa Aman, wakil rakyat tunggal Umno dalam DUN Sabah, Pengerusi Perhubungan Umno negeri ini , Datuk Seri Bung Moktar Radin terbuka kepada mantan ketua menteri itu untuk bertanding di mana-mana kerusi pilihannya dalam pilihan raya akan datang.

Menurut Bung Moktar, beliau dan Musa tidak berhubung sejak PRU ke-14, tetapi bersikap terbuka untuk berbincang dengan Adun Sungai Sibuga itu.

“Semuanya kawan-kawan saya, jadi tak ada masalah. Tetapi setakat ini Musa belum menghubungi saya dan memberitahu dia hendak bertanding di kerusi mana,” katanya sebagamana dilaporkan Borneo Today.

Menurut Bung Moktar, Musa setakat ini masih ahli UMNO.

Bagaimanapun portal itu melaporkan bahawa sumber memberitahu, Musa dilihat menjauhkan diri daripada Umno Sabah dan tidak memasukkan Bung atau mana-mana pemimpin Umno lain dalam percubaan menjatuhkan kerajaan Warisan yang gagal baru-baru ini.

Sumber itu juga dilaporkan berkata mantan ketua menteri itu dikatakan tidak berminat untuk mempertahankan kerusi Dun Sungai Sibuga, tetapi lebih berminat pada kerusi baharu Sungai Manila.

Tidak diketahui sama ada Musa bercadang untuk bertanding atas tiket Umno atau Bersatu.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top