Mungkinkah MIC Boikot PRU15?

Presiden-n-Timbalan-MIC.jpg

Ketidak hadiran presiden dan timbalan presiden MIC di majlis pengumuman calon BN mencetuskan pelbagai tandatanya.

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Ketidak hadiran Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran dan timbalannya, Datuk Seri M. Saravanan pada majlis pengumuman calon Barisan Nasional (BN) malam tadi menguatkan lagi spekulasi bahawa parti komponen BN itu mungkin memboikot PRU15.

Difahamkan MIC berhasrat bertanding di 10 kerusi Parlimen dan tiga DUN, tetapi hanya ditawarkan lapan kerusi Parlimen iaitu Padang Serai di Kedah, Sungai Siput, Tapah dan Teluk Intan di Perak, Kota Raja (Selangor), Port Dickson (Negeri Sembilan), Batu (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur), Segamat (johor)

Perubahan beberapa tempat untuk calon mereka juga dikatakan menjadi antara sebab MIC tidak berpuas hati.

Petang semalam sebuah portal berita melaporkan Presiden MIC menyatakan kepimpinan parti itu akan memanggil mesyuarat tergempar Jawatankuasa Pusat (CWC) pagi ini (Rabu) untuk membincangkan kemungkinan tidak bertanding dalam PRU akan datang.

Mesyuarat itu dijadualkan pada jam 10 pagi bertempat di ibu pejabat MIC di sini.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top