Mulai Esok Operasi Kedai Makan, Restoran Bermula 6 Pagi Hingga 10 Malam

restoran.jpg
Kongsi Bersama

Operasi kedai makan dan restoran dibenarkan beroperasi bermula jam 6 pagi sehingga 10 malam bermula esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira rayuan dan pandangan pengusaha kedai makan.

“Sebelum ini, operasi melibatkan premis kedai makan dan restoran hanya dibenarkan bermula jam 8 pagi sehingga 8 malam.

“Setelah mengambil kira rayuan dan pandangan pengusaha kedai makan, sidang mesyuarat bersetuju untuk menukar waktu operasi premis yang menjual makanan bermula jam 6 pagi hingga 10 malam berkuat kuasa 28 Jun 2021,” katanya.

Walau bagaimanapun ‘dine-in’ masih tidak dibenarkan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top