Mulai Esok Masuk Ke Sabah Tidak Perlu Kelulusan Kerajaan Negeri, PDRM

KK-airport-1.jpg

KLIA 6 March 2020 People seen wearing face mask at KLIA cause of corona virus outbreak pic razak ghazali

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Sabah semalam memutuskan tiada lagi keperluan mendapatkan kelulusan kemasukan daripada kerajaan negeri Sabah dan Polis Diraja Malaysia untuk mereka yang bukan berasal dari Sabah bermula esok (Isnin).

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata sehubungan itu hanya dua syarat yang perlu dipatuhi bagi kemasukan ke Sabah iaitu lengkap menerima vaksin COVID-19 dan keputusan ujian saringan Rapid Test Kit (RTK) negatif.

Jurucakap COVID-19 Sabah itu berkata langkah berkenaan selaras dengan keputusan kerajaan negeri membenarkan rentas negeri bermula 1 November.

“Kemas kini SOP (prosedur operasi standard) akan diumum kemudian,” katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Pada 13 Okt lepas, Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor dilaporkan sebagai berkata kerajaan negeri bersetuju membenarkan rentas negeri berkuat kuasa Isnin ini, dan kemasukan ke Sabah meliputi lawatan sosial dan pelancongan adalah dibenarkan dengan beberapa syarat.— BERNAMA


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top