Muktamad! Negeri Ditadbir PH Tak Bubar DUN Jika PRU15 Tahun Ini

Majlis-Presiden-PH.jpg

Gambar hiasan. (Kredit: keadilanrakyat.org)

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, tiga negeri yang negeri yang diterajui Pakatan Harapan (PH) tidak akan membubarkan dewan undangan negeri masing-masing jika Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan parlimen dalam tempoh terdekat.

Perkara itu ditegaskan oleh Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media di parlimen hari ini.

Menurut Anwar keputusan itu diambil selepas ia dibincangkan Majlis Presiden PH.

Tambah beliau kerajaan ketiga-tiga negeri itu sebaliknya akan menumpukan perhatian kepada usaha membantu rakyat yang berdepan dengan kemungkinan banjir semasa musim tengkujuh nanti.

“Andai kata parlimen dibubar (dalam tempoh terdekat), keputusan tiga-tiga negeri ini ialah akan menumpukan perhatian menangani masalah banjir, ringankan beban mangsa banjir yang terpaksa menghadapi bencana.

“Oleh yang demikian mereka (Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan) tidak akan mengadakan pilihan raya sehingga selesai isu banjir yang dijangka (sehingga) Feb atau Mac.

“Majlis Presiden mengambil maklum laporan Jabatan Meteorologi yang berkata bahawa fenomena La Nina dan Monsun Timur Laut hingga awal tahun depan bakal menyaksikan jumlah taburan hujan yang tinggi serta kemungkinan hujan lebat dan banjir di kebanyakan negeri,” katanya.

Ahli Parlimen Port Dickson itu menambah, selepas isu banjir berlalu kerajaan negeri yang terbabit masih mempunyai masa untuk membubarkan DUN masing-masing.

“Pokoknya, kerajaan negeri PH tidak akan bersama kerajaan persekutuan andainya PRU diadakan semasa (musim) banjir kerana pada anggapan ketua menteri Pulau Pinang, menter besar Selangor, menter besar Negeri Sembilan, kita tidak harus menambah derita dan penderaan kepada rakyat yang terpaksa mengharungi masalah banjir,” katanya.

Kenyataan itu dibuat ketika khabar angin yang mengatakan Ismail Sabri Yaakob akan menghadap Yang di-Pertuan Agong sehari dua lagi semakin kencang bertiup.

Pertemuan itu dikatakan untuk menyampaikan cadangan perdana menteri kepada Agong agar parlimen dibubarkan.

Gesaan agar PRU ke-15 segera dibuat datang dari Umno, khususnya pemimpin tertinggi parti itu.

Bagaimanapun selain PH, Perikatan Nasional (PN) yang membentuk kerajaan di bawah Ismail Sabri turut menyatakan bantahan kepada cadangan tersebut.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top